Catatan Popular

PENJAGAAN KESIHATAN AMAT PENTING UNTUK KESEJAHTERAAN KEKUARGA

kebanyakkan org sekarang terlalu pentingkan kerjaya hingga terlupa untuk menjaga kesihatan diri sendiri.... oleh itu marilah kita bersama2 menyahut seruan kerajaan mengenai KANSER SERVIK yang semakin menular di kalangan wanita dia malaysia....

TAHUKAH ANDA???

  • POPULASI OBESITI DI MALAYSIA ADALAH YG TERTINGGI DI ASIA TENGGARA.     48% penduduk lelaki & 62% penduduk wanita mempunyai ukurlilit perut yg besar. Menurut kajian saiz badan masyarakat MALAYSIA, jumlah penduduk gemuk telah meningkat sebanyak 78% dalam masa 10 tahun ini. Punca utamanya kurang bersenam, merokok dan cara/tabiat pemakanan yg kurang sihat.

  • Di Malaysia, kajian faktor risiko penyakit tidak berjangkit pada tahun 2005/2006 mengangarkan terdapat kira2 11.6 juta org dewasa yg memapunyai  sekurang2nya satu faktor risiko penyakit yg boleh diubah.  Antaranya, diet tdk sihat (72%), tdk aktif secara fizikal (60.1%), merokok (25.5%), obesiti (16.3%), hipertensi (25.7%), paras gula dalam darah abnormal(11.0%) dan hiperkolesterolemia (53.5%)
  •  Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, kebanyakkan rpenyakit tidak berjangkit mempunyai faktor risiko yg sama seperti peningkatan tekanan darah yang tinggi, peningkatan paras gula dalam darah, kegemukan, paras lemak darah yg tinggi, tabiat merokok,pemakanan yg tdk sihat dan cara hidup yg tidak aktif.
  • Menurut laporan Kanser Malaysia, kanser usus besar ialah pembunuh yg ke-3 di antara semua jenis kanser. Kaum Cina yg palin ramai menjadi mangsa dan di ikuti dengan kaum Melayu dan India.
  • Dianggarkan hampir 3900 rakyat negara ini dilaporkan menghidapi barah usus setiap tahun. Kaum lelaki merupakan golongan yang mempunyai risiko paling tinggi menghidapi barah usus berbanding golongan wanita di negara ini.